ICT Dalam PJK

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Archive for February, 2008

Tugasan KKBI : TMK Dalam PJK

Posted by wsws on February 27, 2008

Soalan KKBI

Perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan khususnya daripada aspek pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK membantu pelajar dalam menguasai pengetahuan yang dikehendaki dan meningkatkan motivasi pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Pemahaman sukatan secara lebih jelas memberi gambaran sebenar bagaimana TMK dapat digunakan dalam pengajaran secara lebih berkesan. Aspek teori dan praktikal dalam Pendidikan Jasmani dikukuhkan lagi dengan bantuan penggunaan TMK.

Oleh itu anda ditugaskan untuk membina perisian kursus pendidikan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tajuk olahraga yang telah diberi. Perisian kursus pendidikan ini adalah tugasan kumpulan (2 orang setiap kumpulan). Perisian ini hendaklah :

1. Dibina menggunakan perisian persembahan PowerPoint atau alat pengarangan lain yang sesuai.

2. Mengandungi maklumat yang berkaitan dengan tajuk olahraga yang telah diberi.

3. Mengintegrasi elemen teks, audio atau video, grafik dan animasi.

4. Interaktif dan mesra pengguna.

5. Lengkap dengan cara penggunaanya

Perisian kursus yang telah disiap hendaklah dipakejkan dan dihantar dalam bentuk CD-ROM dan bertulis dalam kertas kerja selewat-lewatnya pada 1 April 2008 beserta dengan catatan refleksi secara individu.

Perlu ditegaskan plagiatrisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Guru pelatih yang menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.

Sekian.

Posted in KKBI | 20 Comments »

Unit 9 : Enjin Pencari (TUGASAN 7)

Posted by wsws on February 22, 2008

Soalan 1 : Apa yang dimaksudkan dengan enjin pencari ?

Soalan 2 : Senaraikan 5 enjin pencari yang biasa anda gunakan untuk melayari internet.

Jawapan anda hendaklah ditulis melalui ruangan comments sebelum 1 hb Mac 2008. (Jawapan yang ditulis hendaklah padat, tepat dan ringkas, sesuai untuk menjawab soalan struktur).

Posted in Ruangan perbincangan | 40 Comments »

Unit 8 : Laman Web (TUGASAN 6)

Posted by wsws on February 22, 2008

Soalan 1 : Apa maksud laman web ?

Soalan 2 : Senaraikan 5 laman web yang membincangkan tentang olahraga.

Jawapan anda hendaklah ditulis melalui ruangan comments sebelum 28 hb Februari 2008. (Jawapan yang ditulis hendaklah padat, tepat dan ringkas, sesuai untuk menjawab soalan struktur).

Posted in Ruangan perbincangan | 41 Comments »

Unit 7 : E-mail (TUGASAN 5)

Posted by wsws on February 5, 2008

Anda dikehendaki mencari apa maksud, kegunaan dan cara menggunakan e-mail. Tulis diruangan comments beserta dengan rujukan (seperti nama buku, website dan sebagainya).

Jawapan anda hendaklah ditulis melalui ruangan comments sebelum 22 hb Februari 2008.

Posted in Ruangan perbincangan | 44 Comments »

Unit 6 : Rumusan TMK dalam P & P

Posted by wsws on February 5, 2008

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah-sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang memiliki bilangan komputer melebihi 100 set, ada yang memiliki hanya 1 set. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak.

Nota Unit 6 boleh didownload disini :

http://www.sendspace.com/file/lwyrde

SELAMAT BELAJAR

(Rujukan Nota : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)

Posted in tmk | Leave a Comment »

UNIT 5: ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

Posted by wsws on February 4, 2008

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

Nota Unit 5 boleh didownload di sini :
http://www.sendspace.com/file/rmls9w

SELAMAT BELAJAR

(Rujukan Nota : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)

Posted in tmk | Leave a Comment »

Pertanyaan

Posted by wsws on February 4, 2008

Sebarang pertanyaan, komen, cadangan, pendapat, pengkongsian maklumat atau apa saja mengenai tmk dalam pjk ini bolehlah diluahkan dibawah tag ‘comments’. Saya mengalu-alukan pendapat anda semua dan jika saya berkesempatan akan saya cuba jawab dengan sebaik mungkin.

Selamat Belajar

Posted in Uncategorized | 11 Comments »

Tugasan 4 : Template bagi Power Point

Posted by wsws on February 3, 2008

Dalam kumpulan tugasan KKBI, anda dikehendaki mencari 2 template bagi power point. (Template hendaklah selain dari template yang telah ada dalam program power point microsoft office). Hantar template tersebut ke e-mail pjktmk2008@yahoo.com sebelum 22 hb Februari 2008.

Posted in Tugasan | 2 Comments »

Tugasan 3 : Clip Art dan Gif Art

Posted by wsws on February 3, 2008

Dalam kumpulan tugasan KKBI, anda dikehendaki mencari 10 clipart dan 10 gifart mengenai tajuk olahraga yang telah diagihkan kepada kumpulan anda. Hantar alamat tersebut ke e-mail pjktmk2008@yahoo.com sebelum 7hb Februari 2008.

Posted in Tugasan | 2 Comments »

Tugasan 2 : Senarai Website

Posted by wsws on February 3, 2008

Dalam kumpulan tugasan KKBI, anda dikehendaki mencari 5 alamat website mengenai tajuk olahraga yang telah diagihkan kepada kumpulan anda. Hantar alamat tersebut ke e-mail pjktmk2008@yahoo.com sebelum 31hb Januari 2008.

Sekian

Posted in Tugasan | Leave a Comment »

UNIT 4: ICT Sebagai Alat Aplikasi

Posted by wsws on February 3, 2008

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karanganatau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

Nota Unit 4 seterusnya boleh didownload di sini
http://www.sendspace.com/file/mve23l

(Rujukan Nota : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 3 : ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

Posted by wsws on February 3, 2008

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :

  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD_ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya.
  • mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
  • melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Nota Unit 3 seterusnya boleh didownload di sini :
http://www.sendspace.com/file/adznhn

Sekian.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Unit 2 : ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

Posted by wsws on February 3, 2008

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini menrangkumi :

  • pembelajatan ekspositori
  • demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem.
  • latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.

Nota selanjutnya boleh anda download di sini :
http://www.sendspace.com/file/06cxuh

Selamat Belajar

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 1 : Pengenalan TMK dalam PJK

Posted by wsws on February 3, 2008

1.1 Objektif Unit
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat :
1. menghuraikan faedah ICT kepada murid.
2. menerangkan syarat untuk memanfaatkan ICT dalan P & P.
3. menghuraikan bagaimana ICT boleh dimanfaatkan dalam P & P.

Nota Unit 1 seterusnya boleh download disini :
http://www.sendspace.com/file/v0r8hp

(Cara untuk download)
1. copy alamat diatas
2. paste and go
3. akan keluar website sendspace
4. dibahagian bawah akan keluar “download link”
5. tunggu dan klik

Posted in tmk | Leave a Comment »

Program Pendua Kandungan WebSite

Posted by wsws on February 3, 2008

Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, anda boleh membuat pendua (mirror) kandungan laman web rujukan yang anda sudah dapati ke dalam cakera keras dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack. Kuliah Unit 3 akan membincangkan perkara ini.

Anda boleh melawat website untuk mengetahui penggunaanya dan mendownload perisian ini.
http://www.snapfiles.com/get/httrack.html

Downlaod program di sini :
http://www.httrack.com/httrack-3.42.exe

sekian.

Posted in program, tmk | Leave a Comment »