ICT Dalam PJK

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Archive for March, 2008

Unit 13 : Alamat URL

Posted by wsws on March 24, 2008

Setiap sumber yang ada dalam web seperti dokumen HTML, gambar, klip video, program dan sebagainya mempunyai alamat yang dikodkan mengikut skema URL (Universal Resource Locator). Setiap URL mempunyai tiga bahagian.

Contoh :


http://www.myhost.com/user/

definisi setiap bahagian :

http://Protokol atau perkhidmatan yang digunakan

http://www.myhost.comNama mesin/pelayan/hos di mana sumber dapat dicari

/user/Lokasi fail di dalam mesin/pelayan/hos itu.

URL ini dibaca begini ; Terdapat sebuah dokumen melalui protokol HTTP yang terletak di mesin http://www.myhost.com dan boleh dicapai dari direktori atau cabang /user/

PROTOKOL

Bahagian pertama URL menyatakan protokol internet yang diperlukan oleh pelayar web untuk mencapai sumber itu.  Protokol atau perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pelayan-pelayan web ialah http: (HyperText Transfer Protocol).

Contoh protokol lain termasuk ftp: (mengarahkan pelayar web anda membuka satu sambungan FTP ke tapak sumber yang dinyatakan untuk mendapatkan fail tertentu).

mailto : (meminta pelayar web membuka tetingkap untuk menghantar e-mel ke alamat yang dinyatakan).

telnet : (mengarahkan pelayar web mengguna aplikasi telnet anda, kalau ada untuk membuka satu sambungan telnet ke alamat yang dinyatakan).

news :  (memberitahu pelayar web untuk mencapai kumpulan berita yang dinyatakan).

(rujukan : K.A.Muhamad (2000) Laman Web Peribadi Dengan Netscape Composer, Federal Publication, Kuala Lumpur)

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 12 : Jaring Web Sedunia

Posted by wsws on March 24, 2008

Di dalam bab ini anda akan diperkenalkan mengenai dunia web. Jaring Web Sedunia yang lebih dikenali sebagai World Wide Web (atau secara ringkas, web atau WWW) adalah satu rangkaian sumber maklumat. Ia terdiri dari satu koleksi besar dokumen (halaman web) yang tersimpan dalam komputer yang terselerak di merata dunia. Halaman web ini boleh mnegandungi teks, gambar, bunyi, animasi mahupun sedutan video dan maklumatnya mencakupi ribuan topik dari perniagaan ke fizik nuklear dan dari hiburan ke perubatan.

Anda boleh membuka perisian Pelayar Web (browser) seperti :

1. Microsoft Internet Explorer

2. Netscape Navigator

3. Mozilla Firefox

4. Opera dll

Untuk membolehkan sumber web dapat dicapai secara meluas, WWW mengguna empat mekanisma ini :

  1. Kod atau bahasa penerbitan yang boleh difahami oleh semua sistem komputer (iaitu bahasa HTML).
  2. Pautan hiperteks di antara halaman-halaman web untuk memudahkan pelayaran antara sumber web.
  3. Skema penamaan yang seragam untuk mengenal pasti lokasi setiap sumber maklumat di web (iaitu URL)
  4. Protokol atau peraturan piawai yang diperlukan untuk mencapai sesuatu sumber web (misalnya http, ftp, telnet, mailto dan sebagainya)

Posted in tmk | Leave a Comment »

Hebahan : Virus Romeo a.k.a ILLS [CIXENT]

Posted by wsws on March 5, 2008

Virus yang menyerang kebanyakan pc di IPKB sekarang ini, virus ini dari Malaysia. Kesan dari virus ini ialah ia boleh meng’disable’ control panel, regedit, system tray, task manager, command prompt dan ……Antara file yang dicipta oleh Romeo Virus ialah :

C:WINDOWSsystem32V3-Force.exe
C:WINDOWSsystem32cipaplu.exe
C:WINDOWSsystem32mycaption.reg
C:WINDOWSsystem32butuhlu.bat
C:WINDOWSsystem32forattrib.bat
C:WINDOWSsystem32makedir.bat

dan virus ini menukar C drive name to:

(C:) jadi RoMeO A.K.A ILLS [CIXENT]

RoMeO A.K.A ILLS [CIXENT] or CIXENT Corp [CIXENT.V3.Force.LovePart.Small.vb] will display a popup title:

Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!! x100 words( at start up..).

Masalah ini dapat diatasi oleh kebanyakan antivirus yang up to date datanya, melalui perbincangan di internet virus malaysia ini dapat diclear oleh antivirus yang dibina oleh anak tempatan, Virus_Guard v 1.8 dan GVR 4.1.

Posted in Virus dan Antivirus | 2 Comments »

Unit 11 : Pembinaan Alat Persembahan Visual

Posted by wsws on March 5, 2008

Kemahiran membuat persembahan segala hasil yang dikumpul kepada pelajar membantu guru dalam pengajaran dan pembelajarannya. Power Point ialah satu program persembahan yang direka untuk membantu guru untuk mencipta persembahan visual dan pertunjukkan slaid. Dengan Power Point seorang guru itu boleh mencipta dan menggabungkan slaid menjadi persembahan visual untuk menyampaikan objektif pengajaran dengan berkesan lagi bergaya.

Nota selanjutnya boleh didapati disini :

Download Link : http://www.sendspace.com/file/q8ig5h

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 10 : Kemahiran Mencari Maklumat Di Internet

Posted by wsws on March 5, 2008

Kemahiran mencari maklumat yang berguna di dalam internet merupakan asas dalam penggunaan ICT. Bahan-bahan yang berkaitan boleh digunakan sebagai alat sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran. Internet satu gedung maklumat yang luas, penggunaan yang berkesan memberi kelebihan kepada seorang guru.

Nota selanjutnya boleh didapati disini :

Download Link : http://www.sendspace.com/file/rjumt9

Posted in tmk | Leave a Comment »

Nota Tambahan 1 dan 2

Posted by wsws on March 5, 2008

Kurikulum ICT yang dimasukkan dalam sukatan Pendidikan Jasmani untuk mendedahkan kepada pelajar pelbagai kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan TMK sebagai salah satu agenda Negara. Modul ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam penggunaan multimedia dan internet. Di samping itu pelajar boleh membangun bahan perisian pengajaran dan pembelajaran mengikut kandungan kurikulum yang telah diaplikasikan mengikut konsep pedagogi TMK. Diharapkan selepas mengikuti modul ini pelajar akan dapat memberi satu dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Nota Tambahan 1 : Tajuk : P & P PJ

Download Link : http://www.sendspace.com/file/twuhvz

Nota Tambahan 2 : Tajuk : Amalan Pedagogi

Download Link : http://www.sendspace.com/file/9ztfih

Posted in Nota Tambahan | 8 Comments »