ICT Dalam PJK

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Unit 12 : Jaring Web Sedunia

Posted by wsws on March 24, 2008

Di dalam bab ini anda akan diperkenalkan mengenai dunia web. Jaring Web Sedunia yang lebih dikenali sebagai World Wide Web (atau secara ringkas, web atau WWW) adalah satu rangkaian sumber maklumat. Ia terdiri dari satu koleksi besar dokumen (halaman web) yang tersimpan dalam komputer yang terselerak di merata dunia. Halaman web ini boleh mnegandungi teks, gambar, bunyi, animasi mahupun sedutan video dan maklumatnya mencakupi ribuan topik dari perniagaan ke fizik nuklear dan dari hiburan ke perubatan.

Anda boleh membuka perisian Pelayar Web (browser) seperti :

1. Microsoft Internet Explorer

2. Netscape Navigator

3. Mozilla Firefox

4. Opera dll

Untuk membolehkan sumber web dapat dicapai secara meluas, WWW mengguna empat mekanisma ini :

  1. Kod atau bahasa penerbitan yang boleh difahami oleh semua sistem komputer (iaitu bahasa HTML).
  2. Pautan hiperteks di antara halaman-halaman web untuk memudahkan pelayaran antara sumber web.
  3. Skema penamaan yang seragam untuk mengenal pasti lokasi setiap sumber maklumat di web (iaitu URL)
  4. Protokol atau peraturan piawai yang diperlukan untuk mencapai sesuatu sumber web (misalnya http, ftp, telnet, mailto dan sebagainya)

Leave a comment