ICT Dalam PJK

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Tugasan KKBI : TMK Dalam PJK

Posted by wsws on February 27, 2008

Soalan KKBI

Perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan khususnya daripada aspek pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK membantu pelajar dalam menguasai pengetahuan yang dikehendaki dan meningkatkan motivasi pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Pemahaman sukatan secara lebih jelas memberi gambaran sebenar bagaimana TMK dapat digunakan dalam pengajaran secara lebih berkesan. Aspek teori dan praktikal dalam Pendidikan Jasmani dikukuhkan lagi dengan bantuan penggunaan TMK.

Oleh itu anda ditugaskan untuk membina perisian kursus pendidikan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tajuk olahraga yang telah diberi. Perisian kursus pendidikan ini adalah tugasan kumpulan (2 orang setiap kumpulan). Perisian ini hendaklah :

1. Dibina menggunakan perisian persembahan PowerPoint atau alat pengarangan lain yang sesuai.

2. Mengandungi maklumat yang berkaitan dengan tajuk olahraga yang telah diberi.

3. Mengintegrasi elemen teks, audio atau video, grafik dan animasi.

4. Interaktif dan mesra pengguna.

5. Lengkap dengan cara penggunaanya

Perisian kursus yang telah disiap hendaklah dipakejkan dan dihantar dalam bentuk CD-ROM dan bertulis dalam kertas kerja selewat-lewatnya pada 1 April 2008 beserta dengan catatan refleksi secara individu.

Perlu ditegaskan plagiatrisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Guru pelatih yang menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.

Sekian.

About these ads

20 Responses to “Tugasan KKBI : TMK Dalam PJK”

  1. pjktmk said

    Kalau ada apa-apa soalan tentang tugasan KKBI ini bolehlah bertanya kepada saya secara online atau tanya Miss Foo.

  2. assalamualaikum………………

    encik kami nak tanya apa itu plagiatrisme?

  3. pjktmk said

    Plagiat dalam bahasa mudah adalah meniru dalam apa jua bentuk sekalipun tidak akan diterima. Cara menggunakan maklumat yang diperolehi dari buku, website, kawan , majalah atau apa-apa bahan lagi haruslah bijak. Jangan sampai dikesan anda menggunakan kaedah ‘cut and paste’. Sila rujuk Panduan KKBI Edisi Pelajar yang dikeluarkan oleh Bahagian Unit Peperiksaan mengenai maklumat ini.

  4. muhamad firdaus bin rasdi said

    askum……..
    En kami nk bertanya bagaimana untuk mendapatkan software untuk dowmload video daripada internet.

  5. wsws said

    Waalaikum…..
    Bagitahu nama software tu, insyaallah saya akan cuba cari

  6. membine perisian 2 macam mana…

  7. muhamad firdaus bin rasdi said

    askum..
    encik sila nyatakan urutan susunan tajuk untuk penghasilan tajuk olahraga dalam kerja kursus dan dalam penyediaan power point mengikut sukatan.

  8. mohd syazwan bin musa& muhamad firdaus bin rasdi said

    Assalamualaikum encik
    boleh tolong berikan nama website yang menunjukan senarai rekod lompat jauh dunia.

  9. abang long said

    pakai flash boleh gak kan encik? power point cm buring je…Encik kna jar budak2 nie btl2 dlu baru leh wat asgment cm nie..budak2 nie kebanyakan buta ict…diorang perlu masa encik

  10. wsws said

    semua boleh asalkan awak pandai menggunakannya, saya hanya sempat memberi tunjuk ajar seperti yang ada dalam sukatan, yang lain tu insyaallah sekiranya ada masa

  11. Siti said

    Assalamualaikum encik

    Saya tak tahu bagaimana nak melamari laman web utk TMK pendidikan jasmani
    saya nakkan bantuan encik bagaimana cara dan website name untuk mendapatkan lebih maklumat tentang itu.

  12. 1) encik ada laman web tentang latihan larian pecut tak?
    2) adakah benar kadangkala ict ini menyusahkan

  13. 1) apakah konsep kurikulum yang sesuai dijalankan untuk pembangunan sukan negara?
    2) bagaimanakah konsep kurikulum idealisme dapat membantu seorang pelajar bejaya dalam aktiviti sukan

  14. 1) apakah falsafah kurikulum yang dikehendaki dalam kerja kursus pendek?
    2) apakah nama laman web berkenaan dengan falsafah kurikulum?

  15. mazlan said

    nyatakan 3 aspek pembangunan afektif
    nyatakan kategori kecergasan keseluruhan dalam pendidikan jasmani

  16. nyatakan komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor
    apakah kategori kecergasan keseluruhan dalam pendidikan jasmani

  17. mohd hafiz said

    apakah definisi gaya pembelajaran konstruktisme
    apakah langkah-langkah yang di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktisme

  18. mohd hilmi said

    adakah kurikulum negara kita bersesuaian dgn adat dan budaya masyarakat di malaysia
    berapakah gaya pertukaran batton yang terdapat dalam acara lari berganti ganti

  19. NURHAFIZA BT ANUAR said

    SALAM CIK……
    1.Macam mana nak download video?
    2.Kena ada perisian kan?
    3.Apakah kriteria yang perlu ada untuk hasilkan presentation dan assingment yang terbaik?

    NURHAFIZA ANUAR
    BM/PJ/KS

  20. latipah said

    salam cik,,,,
    nak tanya ni, apa beza antapa web site dengan mail ni???
    apa guna plak dengan user name??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: