ICT Dalam PJK

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Archive for the ‘tmk’ Category

Unit 13 : Alamat URL

Posted by wsws on March 24, 2008

Setiap sumber yang ada dalam web seperti dokumen HTML, gambar, klip video, program dan sebagainya mempunyai alamat yang dikodkan mengikut skema URL (Universal Resource Locator). Setiap URL mempunyai tiga bahagian.

Contoh :


http://www.myhost.com/user/

definisi setiap bahagian :

http://Protokol atau perkhidmatan yang digunakan

http://www.myhost.comNama mesin/pelayan/hos di mana sumber dapat dicari

/user/Lokasi fail di dalam mesin/pelayan/hos itu.

URL ini dibaca begini ; Terdapat sebuah dokumen melalui protokol HTTP yang terletak di mesin http://www.myhost.com dan boleh dicapai dari direktori atau cabang /user/

PROTOKOL

Bahagian pertama URL menyatakan protokol internet yang diperlukan oleh pelayar web untuk mencapai sumber itu.  Protokol atau perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pelayan-pelayan web ialah http: (HyperText Transfer Protocol).

Contoh protokol lain termasuk ftp: (mengarahkan pelayar web anda membuka satu sambungan FTP ke tapak sumber yang dinyatakan untuk mendapatkan fail tertentu).

mailto : (meminta pelayar web membuka tetingkap untuk menghantar e-mel ke alamat yang dinyatakan).

telnet : (mengarahkan pelayar web mengguna aplikasi telnet anda, kalau ada untuk membuka satu sambungan telnet ke alamat yang dinyatakan).

news :  (memberitahu pelayar web untuk mencapai kumpulan berita yang dinyatakan).

(rujukan : K.A.Muhamad (2000) Laman Web Peribadi Dengan Netscape Composer, Federal Publication, Kuala Lumpur)

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 12 : Jaring Web Sedunia

Posted by wsws on March 24, 2008

Di dalam bab ini anda akan diperkenalkan mengenai dunia web. Jaring Web Sedunia yang lebih dikenali sebagai World Wide Web (atau secara ringkas, web atau WWW) adalah satu rangkaian sumber maklumat. Ia terdiri dari satu koleksi besar dokumen (halaman web) yang tersimpan dalam komputer yang terselerak di merata dunia. Halaman web ini boleh mnegandungi teks, gambar, bunyi, animasi mahupun sedutan video dan maklumatnya mencakupi ribuan topik dari perniagaan ke fizik nuklear dan dari hiburan ke perubatan.

Anda boleh membuka perisian Pelayar Web (browser) seperti :

1. Microsoft Internet Explorer

2. Netscape Navigator

3. Mozilla Firefox

4. Opera dll

Untuk membolehkan sumber web dapat dicapai secara meluas, WWW mengguna empat mekanisma ini :

  1. Kod atau bahasa penerbitan yang boleh difahami oleh semua sistem komputer (iaitu bahasa HTML).
  2. Pautan hiperteks di antara halaman-halaman web untuk memudahkan pelayaran antara sumber web.
  3. Skema penamaan yang seragam untuk mengenal pasti lokasi setiap sumber maklumat di web (iaitu URL)
  4. Protokol atau peraturan piawai yang diperlukan untuk mencapai sesuatu sumber web (misalnya http, ftp, telnet, mailto dan sebagainya)

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 11 : Pembinaan Alat Persembahan Visual

Posted by wsws on March 5, 2008

Kemahiran membuat persembahan segala hasil yang dikumpul kepada pelajar membantu guru dalam pengajaran dan pembelajarannya. Power Point ialah satu program persembahan yang direka untuk membantu guru untuk mencipta persembahan visual dan pertunjukkan slaid. Dengan Power Point seorang guru itu boleh mencipta dan menggabungkan slaid menjadi persembahan visual untuk menyampaikan objektif pengajaran dengan berkesan lagi bergaya.

Nota selanjutnya boleh didapati disini :

Download Link : http://www.sendspace.com/file/q8ig5h

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 10 : Kemahiran Mencari Maklumat Di Internet

Posted by wsws on March 5, 2008

Kemahiran mencari maklumat yang berguna di dalam internet merupakan asas dalam penggunaan ICT. Bahan-bahan yang berkaitan boleh digunakan sebagai alat sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran. Internet satu gedung maklumat yang luas, penggunaan yang berkesan memberi kelebihan kepada seorang guru.

Nota selanjutnya boleh didapati disini :

Download Link : http://www.sendspace.com/file/rjumt9

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 6 : Rumusan TMK dalam P & P

Posted by wsws on February 5, 2008

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah-sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang memiliki bilangan komputer melebihi 100 set, ada yang memiliki hanya 1 set. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak.

Nota Unit 6 boleh didownload disini :

http://www.sendspace.com/file/lwyrde

SELAMAT BELAJAR

(Rujukan Nota : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)

Posted in tmk | Leave a Comment »

UNIT 5: ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

Posted by wsws on February 4, 2008

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

Nota Unit 5 boleh didownload di sini :
http://www.sendspace.com/file/rmls9w

SELAMAT BELAJAR

(Rujukan Nota : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)

Posted in tmk | Leave a Comment »

UNIT 4: ICT Sebagai Alat Aplikasi

Posted by wsws on February 3, 2008

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karanganatau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

Nota Unit 4 seterusnya boleh didownload di sini
http://www.sendspace.com/file/mve23l

(Rujukan Nota : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 2 : ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

Posted by wsws on February 3, 2008

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini menrangkumi :

  • pembelajatan ekspositori
  • demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem.
  • latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.

Nota selanjutnya boleh anda download di sini :
http://www.sendspace.com/file/06cxuh

Selamat Belajar

Posted in tmk | Leave a Comment »

Unit 1 : Pengenalan TMK dalam PJK

Posted by wsws on February 3, 2008

1.1 Objektif Unit
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat :
1. menghuraikan faedah ICT kepada murid.
2. menerangkan syarat untuk memanfaatkan ICT dalan P & P.
3. menghuraikan bagaimana ICT boleh dimanfaatkan dalam P & P.

Nota Unit 1 seterusnya boleh download disini :
http://www.sendspace.com/file/v0r8hp

(Cara untuk download)
1. copy alamat diatas
2. paste and go
3. akan keluar website sendspace
4. dibahagian bawah akan keluar “download link”
5. tunggu dan klik

Posted in tmk | Leave a Comment »

Program Pendua Kandungan WebSite

Posted by wsws on February 3, 2008

Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, anda boleh membuat pendua (mirror) kandungan laman web rujukan yang anda sudah dapati ke dalam cakera keras dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack. Kuliah Unit 3 akan membincangkan perkara ini.

Anda boleh melawat website untuk mengetahui penggunaanya dan mendownload perisian ini.
http://www.snapfiles.com/get/httrack.html

Downlaod program di sini :
http://www.httrack.com/httrack-3.42.exe

sekian.

Posted in program, tmk | Leave a Comment »