ICT Dalam PJK

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Archive for the ‘KKBI’ Category

Tugasan KKBI : TMK Dalam PJK

Posted by wsws on February 27, 2008

Soalan KKBI

Perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan khususnya daripada aspek pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK membantu pelajar dalam menguasai pengetahuan yang dikehendaki dan meningkatkan motivasi pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Pemahaman sukatan secara lebih jelas memberi gambaran sebenar bagaimana TMK dapat digunakan dalam pengajaran secara lebih berkesan. Aspek teori dan praktikal dalam Pendidikan Jasmani dikukuhkan lagi dengan bantuan penggunaan TMK.

Oleh itu anda ditugaskan untuk membina perisian kursus pendidikan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tajuk olahraga yang telah diberi. Perisian kursus pendidikan ini adalah tugasan kumpulan (2 orang setiap kumpulan). Perisian ini hendaklah :

1. Dibina menggunakan perisian persembahan PowerPoint atau alat pengarangan lain yang sesuai.

2. Mengandungi maklumat yang berkaitan dengan tajuk olahraga yang telah diberi.

3. Mengintegrasi elemen teks, audio atau video, grafik dan animasi.

4. Interaktif dan mesra pengguna.

5. Lengkap dengan cara penggunaanya

Perisian kursus yang telah disiap hendaklah dipakejkan dan dihantar dalam bentuk CD-ROM dan bertulis dalam kertas kerja selewat-lewatnya pada 1 April 2008 beserta dengan catatan refleksi secara individu.

Perlu ditegaskan plagiatrisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Guru pelatih yang menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.

Sekian.

Posted in KKBI | 20 Comments »