ICT Dalam PJK

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Unit 13 : Alamat URL

Posted by wsws on March 24, 2008

Setiap sumber yang ada dalam web seperti dokumen HTML, gambar, klip video, program dan sebagainya mempunyai alamat yang dikodkan mengikut skema URL (Universal Resource Locator). Setiap URL mempunyai tiga bahagian.

Contoh :


http://www.myhost.com/user/

definisi setiap bahagian :

http://Protokol atau perkhidmatan yang digunakan

http://www.myhost.comNama mesin/pelayan/hos di mana sumber dapat dicari

/user/Lokasi fail di dalam mesin/pelayan/hos itu.

URL ini dibaca begini ; Terdapat sebuah dokumen melalui protokol HTTP yang terletak di mesin http://www.myhost.com dan boleh dicapai dari direktori atau cabang /user/

PROTOKOL

Bahagian pertama URL menyatakan protokol internet yang diperlukan oleh pelayar web untuk mencapai sumber itu.  Protokol atau perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pelayan-pelayan web ialah http: (HyperText Transfer Protocol).

Contoh protokol lain termasuk ftp: (mengarahkan pelayar web anda membuka satu sambungan FTP ke tapak sumber yang dinyatakan untuk mendapatkan fail tertentu).

mailto : (meminta pelayar web membuka tetingkap untuk menghantar e-mel ke alamat yang dinyatakan).

telnet : (mengarahkan pelayar web mengguna aplikasi telnet anda, kalau ada untuk membuka satu sambungan telnet ke alamat yang dinyatakan).

news :  (memberitahu pelayar web untuk mencapai kumpulan berita yang dinyatakan).

(rujukan : K.A.Muhamad (2000) Laman Web Peribadi Dengan Netscape Composer, Federal Publication, Kuala Lumpur)

Leave a comment